1) Gigi aku sakit lepas makan aiskrim atau tergigit tulang ayam yang keras.
2) SMS atau call aku tak diangkat/dijawab/dibalas oleh orang tu. Terutamanya bila time aku call/sms adalah time emergency. Dan aku akan balas DENDAM balik kat orang tu dengan tidak membalas sms/call dia.
3) Aku tengah mandi kat shower room dan tetiba ada orang masuk tandas sebelah aku dan BERAK tanpa sopan-santunnya. Dan for sure aku akan menyumpah2 dalam shower room sambil melodrama buat bunyi orang muntah.
4) Lif ditahan oleh orang lain semata2 nak tunggu kawan diaorang. Macam la kawan dia tu OKU, perlu bantuan tekan butang lif.
5) Ada orang bodoh tak pandai parking motor atau kereta elok-elok. Rasa nak kasih pecah jer cermin dorang tu. Macam dapat lesen kopi O pun ada juga.
6) Ada orang nagging aku macam budak kecik. Untuk pengetahuan anda, aku tak suka dileter, dibodek, diperkotak-katikkan dan sama waktu dengannya. Even, mak aku pun tak pernah leter aku macam budak kecik. Apa-apa hal bawa berbincang macam seorang dewasa ok?
7) Orang potong barisan apabila tengah berbaris kat bank, KFC, dan mana2 tempat yang ada barisan (tanpa sebab). Dan aku dengan lantangnya akan mengumumkan kepada orang ramai bahawa ada orang potong barisan. Ayat aku “Eh semua, tengok tu, ada orang potong barisan la” **bercakap dengan nada simpati**.
8) Orang bawa kereta atau motor kat jalan raya tak pandai nak bagi signal light bila nak tukar lorong. Dia ingat aku ada telepati ke boleh baca fikiran dia bila dia nak tukar lorong?
9) Internet connection (atau phone line) tiba-tiba disconnected/hang/lost bila aku tengah buat urusan rasmi macam reply email, internet banking, NetMeeting, calling, etc. Sungguh memalukan bila klien/bos/mat salleh tanya kenapa tiba2 tak dapat contact aku tadi?
10) Orang nak bergaduh dengan aku, tapi bergaduh guna SMS. Dah tu SMS dalam bahasa inggeris plak tu. Kalau English power tak pe, ni tunggang-langgang. Siap campur bahasa malaysia lagi. Bahasa rojak yang rosak. Dan aku for sure takkan layan sms/call orang ni. Kalau nak penjelasan, bersemuka terus ok? Jadilah seorang yang dewasa. Tak bagus nak argue/berbalah dalam sms sebab apa yang ditaip tak semestinya dibaca dengan intonasi atau mimik muka yang betul. Silap haribulan sms tu pun boleh dijadikan bahan gaduh juga. hahaha….
Post a Comment
Thanks for POKPETing on my blog. Plase come again for POKPET-POKPET session in next episode.