UTM Skudai Internet Speed

Wednesday, March 11, 2009

image

image

For all newcomers or new students who wished to know better about UTM (Universiti Teknologi Malaysia), let me start first with the internet facilities inside the campus. Pictures above showed the download/upload results in comparison of UTM ISP with others. Picture below showed the result when I took the test here in Faculty of Chemical and Natural Resources Engineering. Why is there a difference? Good question. In UTM, we had 10 faculties (when I first entered UTM). Now, I think we had 12 or 13 (I’m not sure though). Each faculty have their own server. And each centre such as Research Management Centre, etc., also have their own server. So, these servers are connected directly to the internet and thus, have their own download/upload result.

 image

P/s: correct me if I’m wrong because I only know about this from my lecturer.

Read On 0 pokpet-pokpet

A bomb in Drilling Lab

Saturday, March 07, 2009

Penjenayah: Aqilah binti Dollah

Kesalahan: Cubaan meletupkan drilling lab UTM

Modus operandi:

Radius letupan bom:

Read On 0 pokpet-pokpet

Hari Sabtu di Drilling Lab

Saturday, March 07, 2009

Hari ini aku ke drilling lab untuk menghabiskan eksperimen yang perlu dilakukan. Hari ni just buat lignin extraction saja dari EFB (empty fruit bunch of oil palm). Nak tunggu extraction tu 3 jam. So sementara tunggu extraction process abis, aku snap-snap la picture kawan2 lain yang tengah buat eksperimen dorang untuk projek sarjana muda masing-masing. Tinggal berapa miggu lagi nak present and submit tesis kitaorang. Terasa bedebar-debar bila nak present depan lecturer and profesor. Tergetar-getar kepala lutut bila kena tanya soalan. Especially bila profesor tu tak pernah ajar kita, dan kita tak kenal pun dia. Gerun juga kan? Well, lupakan pasal tu. Kita enjoy tengok gambar-gambar kat bawah nie.

Read On 0 pokpet-pokpet

Explanation

Friday, March 06, 2009
This summary is not available. Please click here to view the post.
Read On 0 pokpet-pokpet

Sample Picture 1

Thursday, March 05, 2009

Read On 0 pokpet-pokpet

Hujung Minggu Yang Bosan

Monday, March 02, 2009

Lepas balik dari Kerteh, aku da tak tau nak buat apa. Nak buat report pasal lawatan, aku takde mood. Nak buat revision, study apa yang tertinggal time pi lawatan, takde mood. Nak tengok movie/tv, takde mood. Nak pi shopping, takde mood. Nak pi lunch pun takde mood sebab hujan di tengah hari. Bosan betul hujung minggu ni. Dah janji dengan Mr A nak main tenis petang tadi, tapi hujan turun. Mr M tak balik kampus lagi. Arghhh bosannya.

Hari Ahad pun macam tu juga. Ingat nak pergi Family Day’s Society of PE. Kalau da bangun jam 12 tengah hari tu jawab nye Family Day atas katil la. Nak ajak kawan pi HotFM big jam kat Danga Bay, takde sorang pun nak ikut. Jadi, termanggu-manggu keseorangan la aku di bilik. Call dan sms semua tak direply. Agaknya line Celcom tengah buruk kot time tu.

Thanks to Miss M sebab trying to soothing my heart yang tengah bergolak dengan ntah apa benda sampai concentration pun hilang. Kalau takde ko, aku tak tau la apa aku dah buat hujung minggu ni. Berkurung dalam bilik, tak makan dan kuar untuk 2 hari berturut-turut kot?

Read On 0 pokpet-pokpet

Baru balik dari Kerteh, Terengganu

Sunday, March 01, 2009

 P2260134P2260128 P2260136 

Aku baru balik dari Kerteh semalam lepas melawat loji petrokimia di sana. Tak ada apa-apa yang menarik pasal loji tu sebab kat mana2 pun sama jer. Tapi cuma pantai jer yang tak sama. Kalau kat Mersing air pantainya berwarna coklat, tapi di Paka, airya biru kehijauan. Cantik sangat sampai aku pun tak terkata2. Nasib tak bawa pakaian renang, kalau tak, da lama aku buat aksi Baywatch kat situ. Hehe. Apa2 pun thanks to semua orang la yang dah menjayakan program ni (you know who you are). Dan gambar yang kat bawah ni nampak macam menarik. Teka la kasut aku yang mana satu?

P2260146

Dan sekali lagi terima kasih kat rakan2 semua…

P2270154

Read On 0 pokpet-pokpet

Dan Aku Suka Apabila…

Sunday, March 01, 2009

1) Hari Isnin adalah cuti umum dan aku tak perlu bekerja keras.

2) Aku dapat hadiah yang bermakna dari orang yang aku sayangi.

3) Semua orang senyum dan gembira antara satu sama lain (walaupun tak mengenali antara satu sama lain)

4) Salam dan greetings aku disaut oleh orang yang dituju. Kalau tak, jadi robot bercakap dengan tunggul kayu la aku.

5) SMS/call aku dijawab/dibalas walaupun terlambat sehari.

6) Berurusan dengan kakitangan kerajaan di kaunter, mereka senyum dan dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik.

7) Semua orang mematuhi peraturan jalan raya dan membawa kenderaan secara berhemah dan sopan-santun. Sopan-santun bukan bermaksud bawa kereta 20 km/j kat highway PLUS ok?

8) Aku tak diganggu/dikacau/diugut tanpa sebab. Tak suka la kalau kententeraman kita dicabul oleh orang kan?

9) Dapat tidur waktu hujan turun dengan lebatnya, sambil mendengar bunyi titisan hujan di jendela.

10) Apabila si dia memberi respons positif. Hihihi…

Read On 0 pokpet-pokpet

Aku Benci Apabila…

Sunday, March 01, 2009

1) Gigi aku sakit lepas makan aiskrim atau tergigit tulang ayam yang keras.

2) SMS atau call aku tak diangkat/dijawab/dibalas oleh orang tu. Terutamanya bila time aku call/sms adalah time emergency. Dan aku akan balas DENDAM balik kat orang tu dengan tidak membalas sms/call dia.

3) Aku tengah mandi kat shower room dan tetiba ada orang masuk tandas sebelah aku dan BERAK tanpa sopan-santunnya. Dan for sure aku akan menyumpah2 dalam shower room sambil melodrama buat bunyi orang muntah.

4) Lif ditahan oleh orang lain semata2 nak tunggu kawan diaorang. Macam la kawan dia tu OKU, perlu bantuan tekan butang lif.

5) Ada orang bodoh tak pandai parking motor atau kereta elok-elok. Rasa nak kasih pecah jer cermin dorang tu.  Macam dapat lesen kopi O pun ada juga.

6) Ada orang nagging aku macam budak kecik. Untuk pengetahuan anda, aku tak suka dileter, dibodek, diperkotak-katikkan dan sama waktu dengannya. Even, mak aku pun tak pernah leter aku macam budak kecik. Apa-apa hal bawa berbincang macam seorang dewasa ok?

7) Orang potong barisan apabila tengah berbaris kat bank, KFC, dan mana2 tempat yang ada barisan (tanpa sebab). Dan aku dengan lantangnya akan mengumumkan kepada orang ramai bahawa ada orang potong barisan. Ayat aku “Eh semua, tengok tu, ada orang potong barisan la” **bercakap dengan nada simpati**.

8) Orang bawa kereta atau motor kat jalan raya tak pandai nak bagi signal light bila nak tukar lorong. Dia ingat aku ada telepati ke boleh baca fikiran dia bila dia nak tukar lorong?

9) Internet connection (atau phone line) tiba-tiba disconnected/hang/lost bila aku tengah buat urusan rasmi macam reply email, internet banking, NetMeeting, calling, etc. Sungguh memalukan bila klien/bos/mat salleh tanya kenapa tiba2 tak dapat contact aku tadi?

10) Orang nak bergaduh dengan aku, tapi bergaduh guna SMS. Dah tu SMS dalam bahasa inggeris plak tu. Kalau English power tak pe, ni tunggang-langgang. Siap campur bahasa malaysia lagi. Bahasa rojak yang rosak. Dan aku for sure takkan layan sms/call orang ni. Kalau nak penjelasan, bersemuka terus ok? Jadilah seorang yang dewasa. Tak bagus nak argue/berbalah dalam sms sebab apa yang ditaip tak semestinya dibaca dengan intonasi atau mimik muka yang betul. Silap haribulan sms tu pun boleh dijadikan bahan gaduh juga. hahaha….

Read On 0 pokpet-pokpet

PENGIKUT SETIA

THOUGHT OF THE DAY

AKU SEBENARNYA...

My photo
bekas student yang tengah menanam anggur di halaman rumah. Suka merapu-rapu kalo kepala hotak kena serang migrain, dan sangat menyayangi alam sekitar serta budaya yang sopan. sapa yang sangat tak bersopan tu nnt aku nyanyi lagu "Budi Bahasa Budaya Kita", tak kira la time tu ko tgh potong barisan kat kFC ke, pasar malam ke, tea-time kat golden palace ke, apa aku peduli...kau ingat bumi ni berputar mengelilingi kau??...