Berita Gembira

Thursday, April 30, 2009
P5030341

Berita gembira yang aku maksudkan ni adalah aku dapat offer dari UTM untuk sambung PhD (Doktor Falsafah) direct dari Sarjana Muda (Bachelor Degree). Wah, betapa bertuahnya aku. Memang aku dah impikan sejak dulu lagi nak sambung PhD. Tapi memandangkan keadaan kewangan sekarang yang tak menentu, aku rasa aku terpaksa bekerja dahulu. Bapa aku tak dapat nak support aku dah, dia cakap. Jadi, aku kena kerja dulu, dan harap-haraplah aku dapat sambung PhD pada masa akan datang. Mungkin 2 atau 3 tahun lagi. Kalau tak ada aral melintang, aku akan sambung di UTM. Selain daripada tu, aku pun dapat offer jawatan sebagai Junior Reservoir Engineer di salah sebuah syarikat minyak terkemuka di sini. Nampaknya rezeki aku murah tahun ni.

Imbas kembali 5 tahun lepas, aku sangat kecewa sebab tak dapat melanjutkan pelajaran ke oversea di bawah tajaan JPA. Aku cuma dapat tawaran melanjutkan pelajaran ke England di bawah Kementerian Pendidikan dalam bidang Matematik. Time tu aku dah kira-kira kalau aku graduate nanti, mesti aku kena jadi lecturer atau tutor kat universiti. So, aku tolak tawaran walaupun aku betul-betul nak pergi oversea time tu.

Kemudian, aku pun menyambungkan pelajaran peringkat matrikulasi di Labuan. Time ni la aku paling gembira rasanya. Aku berkenalan dengan banyak kawan. Agaknya kalau aku study di oversea time tu, mesti aku tak banyak kawan-kawan. Mungkin kawan-kawan aku terdiri daripada warganegara Malaysia, mat salleh, negro atau pak arab dari dunia yang lain. Tapi mampukah diaorang menjadi rakan baik ku sepertimana yang aku ada sekarang? Aku ada banyak kawan dari KML sampai la UTM sekarang. Dan kawan aku semuanya dah bertambah. Kalau di oversea, mampukah aku mengumpul sebanyak ini? Kalau ya, ada berapa saja yang mampu jadi kawan aku time aku susah?

Read On 0 pokpet-pokpet

Kelas Terakhir Well Test

Thursday, April 30, 2009
Read On 5 pokpet-pokpet

Kegiatan waktu lapang

Thursday, April 30, 2009
P3160027 P3160024   P3160016

P3150013

Apakah hobi anda pada waktu lapang?

Hobi saya pada waktu lapang adalah mengikat tali kasut. Hahaha…. ada ke hobi macam ni? Ni la kasut yang aku baru beli, 2 minggu, 3 minggu kot (ak pn tak ingat) yang lepas. Oleh kerana banyak masa terluang, so aku pun try variasi tali kasut ala-ala kasut converse. Setakat hari ni, aku hanya try 2 jenis tali kasut jer, 1) yg lurus macam tulung rusuk manusia tu 2) yg bersilang macam spider web. 2 jenis lagi yang menggunakan 2 tona warna ak tak pakai coz nampak tak sesuai sangat dengan kasut Nike ni.

P/s: kalo da kebosanan tahap maut jer aku akan buat benda ni. Kalo da busy, ikat tali kasut ala-ala sekolah rendah, cukup… (dan korang mesti tau macam mana ikatan nyer tu, melainkan korang pakai kasut Spark, Pallas yang main lekat-lekat tu)

Read On 0 pokpet-pokpet

UTM Facebook

Thursday, April 30, 2009

Hahaha… Kat sini nak war-warkan yang UTM da ada Facebook official website……selama ni tak sedar pun ada. Ke masih baru lagi? Well, kalo masih baru lagi, tahniah lah diucapkan kepada UTM Corporate Affairs kerana sanggup buat satu. Ye la, selalu kalo kita nak tau tentang sesuatu benda, event atau organisasi mesti kita taip nama nya kat Google…then google akan tunjukkan official website nyer, wikipedia then baru facebook atau youtube.. Tapi kalo taip UTM kat Google, first sekali kuar: www.utm.my official university’s website. Apa yang aku boleh komen: cantik, bermaklumat, tetapi rasa sangat statik kerana hanya mampu membaca website yang telah disediakan – dari perspektif pentadbiran UTM tentunya. Wikipedia pun sama, hanya akan menerangkan asal-usul UTM, peta dan sebagainya. Bagaimana dengan Facebook atau social networking yang lain? Well, Facebook tidaklah terikat dengan formaliti, dan kita bebas untuk memberi komen, diskusi dan sebagainya tanpa batasan siapa yang boleh komen atau siapa yang tidak. Dan kalau ada event yang sedang/akan berlangsung di UTM, facebook mampu menjadi platform untuk mempromosikan event tersebut. Takde la hanya pihak pentadbiran UTM jer yang nak update event apa yang sedang berlaku. Cuba tengok kat website rasmi UTM, selalunya diaorg bgtau: Hari ini ada Intellectual Discussion bersama Prof. ABCDE dari University of Oxford (contohnya). Nampak sangat formal, kan? Bagaimana dengan event pertandingan futsal antara kolej? Ataupun iklan-iklan seperti derma darah/sumbangan peringkat kolej/fakulti/universiti? Event yang bercorak non-akademik lebih sesuai dimasukkan ke dalam facebook. Dan video-video dari event tu pun sesuai masuk dalam Youtube. Taip UTM dekat Youtube, takde la kuar University of Tennesse at Martin atau University of Toronto, Mississauga sajer…

Klik gambar di bawah untuk ke UTM Facebook.

UTM Facebook

Read On 0 pokpet-pokpet

Exam oh exam

Tuesday, April 28, 2009

busy busy…itu sajer yg mampu aku ucapkan. busy dengan exam dan juga projek sarjana muda (PSM) aku. nak buat revision, prepare jawapan untuk soalan2 yang bakal keluar (yer!! aku suka ramal soalan, tak suka study semua…haha..), prepare utk psm presentation, report writing, dan binding report tu…huhu…banyak nyer kerja….

kertas jawapan kat atas tu untuk subjek Enhanced Oil Recovery (EOR) sebenarnya…paper terakhir aku untuk sem ini, dan seterusnya untuk bachelor degree aku…yer yer….tak lama lagi nak grad dah…haha….harap2 la soalan prof. kamal bagi tak susah2 yer….dan aku boleh score A++ dalam subjek dia….

Read On 0 pokpet-pokpet

Part 2

Saturday, April 25, 2009

Then bermula lah kehidupan sebagai seorang student UTM. Haha.. Time first year la aku rasa paling enjoy. Banyak aktiviti, banyak kenalan baru, dan selalu keluar tengok wayang, shopping, makan, jalan-jalan. Time ni la Jusco Tebrau baru buka. Kitaorang memang tak sah kalau tak menjadi pengungjung utama dan pertama ke shoping mall ni. Hahaha. sampai sanggup sewa keta kancil semata-mata nak tengok wayang kat sini. Hampir setiap minggu kitaorang kuar, ke JJ tebrau, City Square, Pelangi Mall, Danga Bay, sebut jer apa lagi shoping mall.

Pastu datang la ujian bulanan. Memang tak terkejut pun kalo result teruk. Asyik2 main jer, kuar, enjoy. Hahaha. Pastu balik bilik terus tido. Result pun jatuh. Haha… Lepas tu pi melancong ke KL, Singapore – syurga membeli-belah. Memang tak serik-serik.

Masuk tahun 2, aku rasa kitaorang kira dah mature sikit la. Ada yang mula dah bercouple-couple – antara cozmate sendiri ataupun dengan senior. Haha… Tergelak juga bila dikenang kembali macamana member kitaorang memikat cozmate yang satu ni (nama dirahsiakan).

IKLAN- Wow..tak sedar pulak ari ni birthday aku. Trima kasih kat kawan2 yang wish birthday kat aku melalu call, sms, shot out kat intnt, dan melalui cara lain-lain. Antara kawan-kawan tersebut mengikut turutan: Fabian, Wilson, Winnie (my kid sister), Huda, Majang, Ummu, Zeti, Amy, Faizah, Ella….hihi..ni setakat jam 740pm..pasni banyak lagi kot…

Sebut pasal birthday, aku teringat time tahun 1,2,3 aku banyak gila involve dengan birthday orang dan birthday aku sendiri… Jom imbas kembali. Oleh kerana aku punya birthday selalu sangat jatuh time exam atau study week ni, so susa sikit nak buat party atau pun enjoy kat luar. So buat la dalam kampus jer. Time tahun 1 birthday aku disambut dengan meriah nye. Ak rasa banyak sangat kek aku dapat aritu. Mula-mula Fenella, Jimmy and Mitchel… Thanks Fen coz sudi sambut birthday sa. Sa tau ko bz. Jim juga, thanks Jim…Michel…thanks to you too. Kemudian, aku dapat lagi birthday kek dari Su, Amy, Along. Time tu kitaorang slalu study sama-sama kat library. Tapi aku kenyang sangat. So aku minta tolong Along abiskan. Tak dapat abis, aku bawa balik bagi Froster, Solo dan kawan2 makan. Hahaha… Jap jap….aku rasa ada lagi kawan2 yang sambut birthday aku tanpa kek. A’a, orang tu adalah Huda, Asyikin, dan Ayu. Hihihi…Kenyang la time tu makan pizza. Thanks yer…Time tahun 2 pun birthday aku kena sambut lagi… Yeye… Masih lagi dengan tradisi bersama Fen and the gang…. Kalo tak silap ari tu dapat kek Tiramisu dari Lavender……hihihi… Thanks again Fen… Malam tu, memang tak sangka langsung, ada orang menyanyi kat luar bilik aku…Spesifik lagi, depan tingkap…(time tu bilik aku kat aras 1, so senang jer la nak mengintip aku tgh buat apa). Yang best nye, korang tau sapa yang menyanyi tu? Michelle dari FAB – cozmate Majang… Aku kenal dia time kat church….hahaha…memang terkejut beruk la coz tak tau nak kata apa2 dan memang terharu… Dan aku memang salute kat dia coz sangat berani pergi kolej budak lelaki nyanyi depan kolej bagi semua orang dengar..siap dia bawa gitar lagi… Michelle, thanks for the song that day… I really didn’t know what to say…I’M SPEECHLESS… Thanks for the memories that we shared together and I wish we could do the crazy thing again… Sebenarnya banyak lagi la, birthday kek aku dapat. Siap kena baling kat muka la, kena ambi lilin pakai mulut la, kek besar sebesar kek kawin, kek kecik sesedap Chocolate Indulgence from Secret Recipe… Thanks everyone… Sorry no picture available… Smua gambar da kena antar balik rumah… Sedih, kalo tak tentu korang masih ingat zaman kita dulu-dulu…

Read On 0 pokpet-pokpet

Selamat Tinggal UTM – Part 1

Thursday, April 23, 2009

Tinggal beberapa hari lagi sebelum aku melangkah keluar dari UTM. Melangkah keluar selepas 4 tahun belajar dengan bersungguh-sungguh demi mendapatkan segulung ijazah. Terlalu banyak kenangan pahit manis yang aku tempuhi selama berada di sini. Bukan sahaja aku yang merasakan sedemikian, tapi rakan-rakanku jua. (Nurul, kalau kau baca ni blog, jangan marah sa ok. Sa pun macam ko, tersalah langkah dalam memilih kawan-kawan dan cara hidup. Tapi at least tu berlaku time sa first year lagi. Haha… Tapi sa betul dalam memilih ko sebagai kawan – semenjak dari KML lagi).

Kalau nak ditulis pasal pengalaman aku di UTM, agaknya 4 jilid diari bermuka-surat 365 setiap satu baru cukup kot. Mari aku imbas kembali detik-detik pertama menjejak kaki ke UTM.

Aku tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail pada 10 Julai 2005. Seorang diri tanpa ditemani sesiapa pun. Dah biasa travel sorang-sorang ni. Time matrik di Labuan pun sama. Tapi time tu ada kawan-kawan sematrik yang sama flight. Rasa risau dan gemuruh semua ada dalam kepala time tu. Sampai saja di airport, aku ternampak bas UTM menunggu di luar. “Wow, best nyer layanan UTM”, kata ku sendirian.

11 Julai 2009 – Minggu Haluan Siswa. Time ni jumpa banyak muka-muka baru. Especially Froster, roomate aku, budak2 boys, coursemate aku, dan budak2 girls coursemate aku. Haha. Pelikkan, kitaorang panggil coursemate kitaorang boys and girls. Pas tu jumpa budak2 ex-KML yang seangkatan especially Fenella, Nurul, Wilson, Awang, Ehsan, Mas (satu kuliah KML lagi) dan yang paling tak sangka: Zeti, classmate aku darjah 1-4 kat sekolah rendah dulu. Hahaha. Time ni paling gembira dan best sebab dapat kawan baru walaupun terpaksa jalan jauh dari Kolej 11 ke DSI dan dari kolej ke fakulti. Penat turun naik bukit. Kaki memang melecet la. Pastu tambah cuaca panas, aku memang terus jadi hitam dan kurus time ni.

-To be continued-

Read On 0 pokpet-pokpet

Would it be the same?

Thursday, April 23, 2009

We  just had fun during our graduation trip last weekend. It just feel like another holiday that we had together - similar to the other holiday. I feel empty and hallow inside my stomach. Feels like there is something not right with the trip, with me, with everyone. Everybody looks refreshing, enjoyed with smiling face, as they feel like nothing will happen in the future. Is that normal? Am I the only one crying inside my heart? Thinking back the memories and fun that we had together during our freshmen, sophomore and junior years. Would it be the same after this?

Read On 0 pokpet-pokpet

Apa perasaan anda kalau rakan anda dibuang dari kelas?

Thursday, April 02, 2009

 shattered heart

Beginilah perasaan aku apabila salah seorang member kitaorang kena buang dari kelas – a.k.a di”drop”kan oleh lecturer kerana kehadiran tidak mencukupi syarat universiti. Aku tak tau la kenapa member aku boleh jadi macam ni. Mungkin sebab dia duduk di blok berlainan menyebabkan dia tersisih dan seterusnya susah nak bangun pagi ke kelas? Atau pun malam sebelum kelas, dia bermain game sehingga ke pagi, dan seterusnya tidur hingga ke tengahari? Aku pun tak tau, dan malas nak buat spekulasi. Nak tanya directly face-to-face pun susah. Sebab bukan satu kelas sahaja dia tak datang, tapi semua kelas. Even aku tanya member2 yang lain pun diaorang tak pernah nampak dia. Aku pun heran.

 A green sea turtle swims past a school of Raccoon Butterflyfish near Hawaii.

Nampaknya kawan aku tu dah jadi seperti seekor penyu seperti dalam gambar ini. Berenang keseorangan dalam lautan yang luas. Rakan2 yang lain telah pun sampai ke pantai namun tidak bagi penyu ini yang telah tersesat. Kesian, kesian…

Read On 0 pokpet-pokpet

PENGIKUT SETIA

THOUGHT OF THE DAY

AKU SEBENARNYA...

My photo
bekas student yang tengah menanam anggur di halaman rumah. Suka merapu-rapu kalo kepala hotak kena serang migrain, dan sangat menyayangi alam sekitar serta budaya yang sopan. sapa yang sangat tak bersopan tu nnt aku nyanyi lagu "Budi Bahasa Budaya Kita", tak kira la time tu ko tgh potong barisan kat kFC ke, pasar malam ke, tea-time kat golden palace ke, apa aku peduli...kau ingat bumi ni berputar mengelilingi kau??...