Hahaha… Kat sini nak war-warkan yang UTM da ada Facebook official website……selama ni tak sedar pun ada. Ke masih baru lagi? Well, kalo masih baru lagi, tahniah lah diucapkan kepada UTM Corporate Affairs kerana sanggup buat satu. Ye la, selalu kalo kita nak tau tentang sesuatu benda, event atau organisasi mesti kita taip nama nya kat Google…then google akan tunjukkan official website nyer, wikipedia then baru facebook atau youtube.. Tapi kalo taip UTM kat Google, first sekali kuar: www.utm.my official university’s website. Apa yang aku boleh komen: cantik, bermaklumat, tetapi rasa sangat statik kerana hanya mampu membaca website yang telah disediakan – dari perspektif pentadbiran UTM tentunya. Wikipedia pun sama, hanya akan menerangkan asal-usul UTM, peta dan sebagainya. Bagaimana dengan Facebook atau social networking yang lain? Well, Facebook tidaklah terikat dengan formaliti, dan kita bebas untuk memberi komen, diskusi dan sebagainya tanpa batasan siapa yang boleh komen atau siapa yang tidak. Dan kalau ada event yang sedang/akan berlangsung di UTM, facebook mampu menjadi platform untuk mempromosikan event tersebut. Takde la hanya pihak pentadbiran UTM jer yang nak update event apa yang sedang berlaku. Cuba tengok kat website rasmi UTM, selalunya diaorg bgtau: Hari ini ada Intellectual Discussion bersama Prof. ABCDE dari University of Oxford (contohnya). Nampak sangat formal, kan? Bagaimana dengan event pertandingan futsal antara kolej? Ataupun iklan-iklan seperti derma darah/sumbangan peringkat kolej/fakulti/universiti? Event yang bercorak non-akademik lebih sesuai dimasukkan ke dalam facebook. Dan video-video dari event tu pun sesuai masuk dalam Youtube. Taip UTM dekat Youtube, takde la kuar University of Tennesse at Martin atau University of Toronto, Mississauga sajer…
Klik gambar di bawah untuk ke UTM Facebook.

Post a Comment
Thanks for POKPETing on my blog. Plase come again for POKPET-POKPET session in next episode.