Selamat Tinggal UTM – Part 1

Tinggal beberapa hari lagi sebelum aku melangkah keluar dari UTM. Melangkah keluar selepas 4 tahun belajar dengan bersungguh-sungguh demi mendapatkan segulung ijazah. Terlalu banyak kenangan pahit manis yang aku tempuhi selama berada di sini. Bukan sahaja aku yang merasakan sedemikian, tapi rakan-rakanku jua. (Nurul, kalau kau baca ni blog, jangan marah sa ok. Sa pun macam ko, tersalah langkah dalam memilih kawan-kawan dan cara hidup. Tapi at least tu berlaku time sa first year lagi. Haha… Tapi sa betul dalam memilih ko sebagai kawan – semenjak dari KML lagi).

Kalau nak ditulis pasal pengalaman aku di UTM, agaknya 4 jilid diari bermuka-surat 365 setiap satu baru cukup kot. Mari aku imbas kembali detik-detik pertama menjejak kaki ke UTM.

Aku tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail pada 10 Julai 2005. Seorang diri tanpa ditemani sesiapa pun. Dah biasa travel sorang-sorang ni. Time matrik di Labuan pun sama. Tapi time tu ada kawan-kawan sematrik yang sama flight. Rasa risau dan gemuruh semua ada dalam kepala time tu. Sampai saja di airport, aku ternampak bas UTM menunggu di luar. “Wow, best nyer layanan UTM”, kata ku sendirian.

11 Julai 2009 – Minggu Haluan Siswa. Time ni jumpa banyak muka-muka baru. Especially Froster, roomate aku, budak2 boys, coursemate aku, dan budak2 girls coursemate aku. Haha. Pelikkan, kitaorang panggil coursemate kitaorang boys and girls. Pas tu jumpa budak2 ex-KML yang seangkatan especially Fenella, Nurul, Wilson, Awang, Ehsan, Mas (satu kuliah KML lagi) dan yang paling tak sangka: Zeti, classmate aku darjah 1-4 kat sekolah rendah dulu. Hahaha. Time ni paling gembira dan best sebab dapat kawan baru walaupun terpaksa jalan jauh dari Kolej 11 ke DSI dan dari kolej ke fakulti. Penat turun naik bukit. Kaki memang melecet la. Pastu tambah cuaca panas, aku memang terus jadi hitam dan kurus time ni.

-To be continued-

0 pokpet-pokpet:

Post a Comment

Thanks for POKPETing on my blog. Plase come again for POKPET-POKPET session in next episode.


PENGIKUT SETIA

THOUGHT OF THE DAY

AKU SEBENARNYA...

My photo
bekas student yang tengah menanam anggur di halaman rumah. Suka merapu-rapu kalo kepala hotak kena serang migrain, dan sangat menyayangi alam sekitar serta budaya yang sopan. sapa yang sangat tak bersopan tu nnt aku nyanyi lagu "Budi Bahasa Budaya Kita", tak kira la time tu ko tgh potong barisan kat kFC ke, pasar malam ke, tea-time kat golden palace ke, apa aku peduli...kau ingat bumi ni berputar mengelilingi kau??...