Berita gembira yang aku maksudkan ni adalah aku dapat offer dari UTM untuk sambung PhD (Doktor Falsafah) direct dari Sarjana Muda (Bachelor Degree). Wah, betapa bertuahnya aku. Memang aku dah impikan sejak dulu lagi nak sambung PhD. Tapi memandangkan keadaan kewangan sekarang yang tak menentu, aku rasa aku terpaksa bekerja dahulu. Bapa aku tak dapat nak support aku dah, dia cakap. Jadi, aku kena kerja dulu, dan harap-haraplah aku dapat sambung PhD pada masa akan datang. Mungkin 2 atau 3 tahun lagi. Kalau tak ada aral melintang, aku akan sambung di UTM. Selain daripada tu, aku pun dapat offer jawatan sebagai Junior Reservoir Engineer di salah sebuah syarikat minyak terkemuka di sini. Nampaknya rezeki aku murah tahun ni.
Imbas kembali 5 tahun lepas, aku sangat kecewa sebab tak dapat melanjutkan pelajaran ke oversea di bawah tajaan JPA. Aku cuma dapat tawaran melanjutkan pelajaran ke England di bawah Kementerian Pendidikan dalam bidang Matematik. Time tu aku dah kira-kira kalau aku graduate nanti, mesti aku kena jadi lecturer atau tutor kat universiti. So, aku tolak tawaran walaupun aku betul-betul nak pergi oversea time tu.
Kemudian, aku pun menyambungkan pelajaran peringkat matrikulasi di Labuan. Time ni la aku paling gembira rasanya. Aku berkenalan dengan banyak kawan. Agaknya kalau aku study di oversea time tu, mesti aku tak banyak kawan-kawan. Mungkin kawan-kawan aku terdiri daripada warganegara Malaysia, mat salleh, negro atau pak arab dari dunia yang lain. Tapi mampukah diaorang menjadi rakan baik ku sepertimana yang aku ada sekarang? Aku ada banyak kawan dari KML sampai la UTM sekarang. Dan kawan aku semuanya dah bertambah. Kalau di oversea, mampukah aku mengumpul sebanyak ini? Kalau ya, ada berapa saja yang mampu jadi kawan aku time aku susah?
Post a Comment
Thanks for POKPETing on my blog. Plase come again for POKPET-POKPET session in next episode.