Beginilah perasaan aku apabila salah seorang member kitaorang kena buang dari kelas – a.k.a di”drop”kan oleh lecturer kerana kehadiran tidak mencukupi syarat universiti. Aku tak tau la kenapa member aku boleh jadi macam ni. Mungkin sebab dia duduk di blok berlainan menyebabkan dia tersisih dan seterusnya susah nak bangun pagi ke kelas? Atau pun malam sebelum kelas, dia bermain game sehingga ke pagi, dan seterusnya tidur hingga ke tengahari? Aku pun tak tau, dan malas nak buat spekulasi. Nak tanya directly face-to-face pun susah. Sebab bukan satu kelas sahaja dia tak datang, tapi semua kelas. Even aku tanya member2 yang lain pun diaorang tak pernah nampak dia. Aku pun heran.
Nampaknya kawan aku tu dah jadi seperti seekor penyu seperti dalam gambar ini. Berenang keseorangan dalam lautan yang luas. Rakan2 yang lain telah pun sampai ke pantai namun tidak bagi penyu ini yang telah tersesat. Kesian, kesian…
Post a Comment
Thanks for POKPETing on my blog. Plase come again for POKPET-POKPET session in next episode.